Kita mulakan dengan instalasi PortablePython. PortablePython adalah satu pakej Python beserta dengan libraries seperti Django, PIL (Python Imaging Libraries) dll yang mudah untuk di’install’ pada komputer anda. URL untuk memuatturun aplikasi ini adalah:-
http://portablepython.com/wiki/PortablePython2.7.3.1
Sila pilih mirror di bahagian bawah laman tersebut untuk memulakan proses muat-turun. Apabila selesai muat-turun, klik dua kali pada fail tersebut untuk melancarkan installer. Anda akan mendapat skrin seperti berikut:-
Klik butang next dan anda seharusnya mendapat skrin berikut:-
Klik butang browse untuk memilih lokasi folder untuk pemasangan. Saya cadangkan anda install aplikasi ini di folder C:\Python. Berikut cekupan skrin untuk step ini:-
Setelah menetapkan lokasi folder, langkah berikutnya adalah untuk memilih libraries untuk dimasukkan sekali dalam pemasangan ini. Sila pastikan Django dipilih:-
Langkah terakhir adalah dengan menekan butang Install bagi memulakan proses instalasi. Anda akan melihat skrin berikut dipaparkan:-
Proses instalasi akhirnya tamat.
Sekarang mari kita pastikan proses instalasi berjalan dengan lancar dan kita mendapat pakej Python yang diperlukan. Navigasi ke dalam My Computer anda ke lokasi berikut - C:\Python\Portable Python 2.7.3.1. Pastikan folder tersebut mempunyai folder dan fail-fail seperti dalam cekupan skrin di bawah:-
Klik dua kali pada fail Portable-Python untuk melancarkannya dan anda akan mendapat skrin konsol Python.
Taip kod berikut dalam konsol berkenaan:
>>> import django
>>> django
Anda akan mendapat output seperti berikut:
<module 'django' from 'C:\Python\Portable Python 2.7.3.1\App\lib\site-packages\django\__init__.pyc'>
Tahniah ! Ini menunjukkan anda telah berjaya meng’install‘ sistem Python ke dalam komputer anda. Anda sekarang sudah bersedia untuk mula mempelajari Django.